fbpx

Kejar pesawat kerana tidak sanggup tinggal di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pesawat yang dikerumuni penduduk Afghanistan.- Instagram

KABUL – Satu rakaman memaparkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara itu tular di media sosial, semalam.

Menurut kemas kini laman Instagram dengan akaun bernama @samchui, tindakan nekad itu dilakukan kerana penduduk di situ ingin segera keluar dari Afghanistan yang kini sudah dikuasai oleh tentera Taliban.

“Kasihan, ramai yang cuba mengejar malah berpaut pada sayap kapal terbang yang meninggalkan Kabul kerana tidak sanggup lagi berada di Afghanistan.

“Lapangan terbang awam Kabul kini sudah ditutup dan laluan udara telah diserahkan kepada pihak tentera,” tulis keterangan video.

Kelmarin, tentera Taliban mengumumkan sudah merampas pentadbiran Afghanistan dan kini sedang menunggu transisi tampuk pemerintahan secara aman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI