fbpx

JPJ Kelantan buka kaunter pandu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIF Yusabara (kanan) meninjau operasi kaunter pandu lalu JPJ Panji, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka kaunter secara pandu lalu bagi memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu atau pelbagai urusan lain melibatkan jabatan itu bermula semalam.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kaunter pandu lalu di pejabat JPJ di Panji di sini merupakan yang pertama dinegeri ini dan ia dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang sehingga 30 September depan.

Menurutnya, JPJ Kelantan menyasarkan kutipan sebanyak RM300,000 melibatkan pembayaran lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) menerusi kaunter tersebut.

“Sambutan menggalakkan diterima pada hari pertama yang bermula semalam apabila kita berjaya mengutip bayaran pembaharuan lesen sebanyak RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau operasi kaunter pandu lalu di ibu pejabat JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hanif Yusabra berkata, selain bayaran tunai, kaunter pandu lalu JPJ turut menerima bayaran secara kad debit dan perkhidmatan tersebut amat memuaskan apabila ia menyamai prestasi kaunter biasa di pejabat JPJ. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI