fbpx

Elyana mohon doa, ibu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Elyana tentang keadaan ibunya yang dijangkiti positif Covid-19 hari ini.

PETALING JAYA – Dijangkiti Covid-19, pastinya sesuatu yang sangat ditakuti semua orang apatah lagi apabila melihat graf harian kes Covid-19 seperti tidak menunjukkan perubahan ketara ketika ini.

Perkara sama turut membelenggu penyanyi Elyana apabila ibu tercinta disahkan positif wabak berkenaan hari ini.

Berita tersebut dikongsikan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, menerusi satu hantaran dalam InstaStory sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.

“Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya,” tulisnya.

Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat terperinci tentang perkara tersebut.

Dalam masa beberapa hari ini, terdapat selebriti lain yang turut dijangkiti wabak berkenaan iaitu pelakon Yusuf Bahrin dan Jue Aziz.

Sementara pelakon Yana Samsudin juga turut melalui situasi yang sama apabila seramai 12 orang ahli keluarganya termasuk dua kakak dan anakyang berada di Yong Peng, Johor dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI