fbpx

Dua orang kanan ‘Datuk Ken’ diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu yang dicari pihak polis.

SHAH ALAM – Dua lelaki dipercayai orang kanan sindiket Datuk ken diburu bagi membantu siasatan berhubung aktiviti jenayah perjudian dalam talian, perlombongan bitcoin dan ah long yang dijalankan sindiket tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, mereka adalah Chuah Seong Hooi, 48, atau dikenali Ah Chong yang beralamat di Taman Rawang Perdana, Rawang.

Katanya, seorang lagi adalah Heow Hee Soon, 31 tahun dengan nama panggilan Fei Soon dan alamat terakhir di Bandar Country Homes, Rawang.

“Dua suspek ini dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung sindiket tersebut.

“Berdasarkan maklumat dan risikan, kita mempercayai mereka adalah orang kanan kepada seorang lelaki bergelar Datuk yang merupakan ketua sindiket tersebut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Justeru, Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Shahriman Mat Junus di talian 012-348 0281. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI