ALOR SETAR – Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar membantu kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memotong gelang pada tangan seorang pesakit lelaki di hospital itu pada pagi ini.
Kakitangan HSB dikatakan cuba untuk mengeluarkan gelang jenis besi pada tangan pesakit yang terlantar tersebut, namun gagal sebelum menghubungi pihak bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas itu pada pukul 9.47 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 9.53 pagi, terdapat seorang pesakit dengan gelang pada tangan kanannya dan ia perlu dipotong atas arahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sebelum berurusan dengan pesakit terbabit, anggota bertugas diarahkan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) lengkap dan memotong gelang itu menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929