fbpx

Desas-desus peletakan jawatan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Suasana politik negara kembali menjadi perbualan hangat sejak beberapa hari lalu ekoran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Kehangatan ini semakin ‘membara’ selepas satu mesyuarat tergempar berlaku di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti 2, Bukit Damansara pada Sabtu lalu.

Mesyuarat yang sepatutnya dijalankan di bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri.

Ia diadakan sehari selepas Muhyiddin membuat tujuh tawaran kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan mereka ketika usul undi percaya yang dijadualkan berlangsung di Parlimen pada 7 September depan.

Bagaimanapun, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan berlaku mesyuarat tergempar sebaliknya ia hanya mesyuarat berkaitan pengurusan parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaklumkan, mesyuarat tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan parti Bersatu yang lain.

Antaranya, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Armada Bersatu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz.

Desas-desus mengenai peletakan jawatan ini dikuatkan lagi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof menyatakan terdapat satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berlaku hari ini.

Namun, persoalan mengenai kedudukan Muhyiddin terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI