fbpx

Chelsea pencabar utama EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO meraikan jaringannya ketika Chelsea menang 3-0 ke atas Palace kelmarin. – CHELSEA FC

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel percaya skuad kendaliannya mampu muncul antara pasukan pencabar kejua­raan saingan Liga Perdana Ing­geris (EPL) musim ini.

The Blues memulakan sai­ngan musim baharu dengan aksi cukup meyakinkan apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Crystal Palace pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge kelmarin.

Tiga gol menerusi jaringan Marcos Alonso, Christian Pulisic dan Trevoh Chalobah menyaksikan mereka mengutip tiga mata untuk memulakan kempen de­ngan langkah kanan.

“Kami mesti mulakan ‘pemburuan’ ini sejak hari pertama kerana hanya menerusi cara itu kami boleh capai keputusan yang diinginkan. Bagaimanapun, pada ketika ini kami bukanlah pasukan pilihan.

“Chelsea menamatkan sai­ngan musim lalu di kedudukan keempat, jadi kami perlu rapatkan jurang dengan pasukan ketiga terlebih dahulu. Itulah yang sedang kami lakukan sekarang,” kata Tuchel.

Tambah bekas jurulatih Borussia Dortmund itu lagi, mereka perlu meletakkan standard yang tinggi terhadap diri sendiri sekiranya mahu mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

“Kami perlu tetapkan stan­dard pada tahap tertinggi. Kami bermain sangat baik hari ini (kelmarin) sama ada ketika bertahan mahupun menyerang. Saya sa­ngat gembira dengan aksi semua pemain,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI