fbpx

Belum ada waris tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu ditemui rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Masjid Negeri di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis sehingga petang ini belum menerima sebarang laporan daripada waris yang kehilangan ahli keluarga bagi membantu siasatan kejadian tiga individu rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa berkenaan.

“Selagi identiti mangsa belum diperoleh, kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan ataupun andaian berhubung punca kejadian mahupun warganegara mangsa terbabit.

“Mayat mangsa yang dilaporkan terbakar sehingga 90 peratus kini masih berada di Hospital Pulau Pinang. Polis sedang berusaha mengesan waris terdekat mahupun kenalan mangsa serta saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI