fbpx

Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Jalan Pantai Acheh di Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh di sini dilaporkan tidak selamat untuk diduduki ekoran berlaku kejadian batu menggelongsor dari tebing sehingga menyebabkan tanah runtuh di kawasan itu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiga batu besar dikatakan menggelongsor ke atas jalan raya selepas hujan lebat lebih sejam di kawasan lereng bukit berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Mohd. Faris Idris berkata, pemantauan awal pihaknya mendapati bangunan pusat falak itu tidak selamat untuk diduduki melainkan dengan kelulusan pihak berwajib.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya di lokasi terlibat dan mungkin memakan masa sekitar satu atau dua hari,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Faris, laluan utama penduduk di sekitar Jalan Pantai Acheh ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI