fbpx

Anak Harussani meninggal dunia dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Anak sulung bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini setelah positif Covid-19.

Allahyarham A. Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia pada pukul 3.16 pagi ini setelah dirawat di hospital berkenaan sejak Sabtu lalu.

Adik bongsu Allahyarham, Datuk Ahmad Wafi berkata, abangnya mempunyai masalah kesihatan dan keadaannya semakin merosot sejak disahkan positif Covid-19.

“Saya sedihkan emak yang menghadapi dua kehilangan ahli keluarga selepas bapa kami meninggal dunia pada Mei lalu.

“Jenazah akan dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat iaitu tanah perkuburan sama Allahyarham bapa dikebumikan,” katanya.

Allahyarham bapa mereka, Harussani meninggal dunia pada 30 Mei lalu selepas positif Covid-19.

A. Abdul Hakim yang menetap di Ipoh meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI