fbpx

Aksi paling sempurna The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES bersama bola perlawanan hasil kejayaannya meledak hatrik membelasah Leeds 5-1 di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Manchester United menampilkan aksi sempurna ketika membelasah Leeds United 5-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford kelmarin.

Jaringan hatrik daripada Bruno Fernandes serta masing-masing satu gol menerusi Mason Greenwood dan Fred memastikan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu memulakan musim baharu dengan bergaya.

Aksi yang ditampilkan The Red Devils sangat berbeza jika dibandingkan dengan musim lalu apabila ia seolah-olah jelmaan pasukan era kendalian pengurus legenda, Alex Ferguson.

“Inilah Manchester United yang sebenar. Inilah corak permainan yang saya ceritakan kepada Edinson (Cavani) ketika memujuk dia untuk terus kekal menyarung jersi pasukan ini.

“Satu corak permainan yang boleh dianggap magis. Suasana stadium juga memainkan pe­ranan dalam menaikkan sema­ngat semua pemain pada perlawanan hari ini (kelmarin),” kata Solskjaer.

Pada masa sama, pengendali dari Norway itu memuji aksi ditampilkan Fernandes selain menganggap dia sebagai pemain yang sanggup mengambil risiko demi kejayaan pasukan.

“Gaya permainannya memang seperti itu (ambil risiko), namun dia sangat yakin ketika melakukan serangan. Selain melakukan jaringan, dia juga bijak membuka ruang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI