SEREMBAN – Seramai 50,524 pekerja sektor industri di Negeri Sembilan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (PIKAS) yang dibuka di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, manakala 19,296 daripada jumlah pekerja tersebut telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua.
“PPV PIKAS d’Tempat Country Club, Sendayan yang beroperasi sejak 5 Julai lalu sehingga semalam, telah berjaya memberi 38,636 suntikan dos pertama dan 19,296 suntikan dos kedua kepada pekerja industri di negeri ini.
“PPV PIKAS D’Cattleya, Senawang yang mula beroperasi pada 2 Ogos pula telah berjaya memberi suntikan dos pertama kepada 11,888 orang pekerja setakat semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas Mohamad Rafie, untuk rekod sehingga Jumaat lalu, sebanyak 615 syarikat dengan sejumlah pekerja seramai 55,315 orang pekerja di Negeri Sembilan telah mendaftar bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk pengvaksinan dibawah Program PPV-PIKAS.
“Program pengvaksinan untuk pekerja industri di Negeri Sembilan berjalan lancar di mana majoriti pekerja telah menerima suntikan dos pertama.
“Dijangka menjelang pertengahan September 2021, hampir kesemua pekerja industri di Negeri Sembilan bakal melengkapkan dua dos suntikan vaksin,” katanya lagi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929