fbpx

Tujuh kompaun dikeluarkan terhadap peniaga durian Musang King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat pengumpulan dan jualan durian di Sg Klau dan Sg Chalit perlu mematuhi SOP yang ketat dalam usaha menghindar penularan wabak Covid-19.

RAUB – Sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Raub terhadap peniaga durian musang king di Sungai Klau dan Sungai Chalit yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohamad Shahid Ismail berkata, kompaun tersebut dikeluarkan kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di premis pengumpulan dan jualan durian.

“Dalam pemantauan pada 27 Julai lalu sebanyak enam kompaun dikeluarkan manakala satu kompaun lagi pada 1 Ogos lalu kerana kegagalan SOP iaitu terdapat jumlah individu yang lebih dalam satu-satu masa di premis.

“Kita terus melakukan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP ditetapkan dipatuhi dalam usaha mencegah penularan Covid-19,” katanya di sini, hari ini.

PKPD di Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dijadual tamat pada 10 Ogos lalu dilanjutkan sehingga 24 ogos depan selepas penularan kes Covid-19 terus berlaku.

Menurutnya pada masa ini hanya lapan hingga 10 individu dibenarkan berada dalam premis jualan durian dalam satu-satu masa berdasarkan kepada keluasan premis terbabit.

Dalam pada itu Mohamad Shahid berkata, meskipun pelaksanaan PKPD namun kebenaran diberikan kepada aktivi jualan durian khususnya Musang King yang terkenal di kawasan itu.

Bagaimanapun katanya ia harus mengtikut SOP yang ketat termasuklah semua peniaga durian perlu menjalani Ujian Kit Pantas Antigen (RTK) dua minggu sekali.

Tambahnya, bagi peniaga luar yang masuk ke Raub untuk urusan pembelian durian pula perlu melakukan ujian Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) sebelum memasuki daerah ini yang sah dalam tempoh dua minggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI