fbpx

The Citizens ‘tempang’ aksi pembukaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH (dua dari kiri) bakal menggalas peranan sebagai perancang utama City menggantikan De Bruyne yang masih belum cergas sepenuhnya. – MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola resah selepas skuad bimbingannya kehilangan beberapa pemain utama menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur di tempat lawan malam ini.

Guardiola menjelaskan, dua perancang utama The Citizens, Kevin De Bruyne belum cergas sepenuhnya, manakala Phil Foden pula masih mengalami kecederaan menyebabkan mereka berdua terpaksa diketepikan daripada aksi bertemu Spurs.

“De Bruyne masih tidak cergas dan hanya menjalani latihan bersendirian. Jadi, dia belum bersedia untuk diturunkan dalam skuad utama.

“Foden pula masih mengalami kecederaan dan perlu direhatkan sekurang-kurangnya untuk tempoh empat minggu,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Sepanyol itu percaya kehilangan De Bruyne dan Foden tidak terlalu dirasai kerana kemungkinan besar pembelian baharu daripada Aston Villa, Jack Grealish akan diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Spurs malam ini.

“Grealish mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi saya enggan memberi tekanan kepadanya. Dia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

“Namun, saya percaya pemain-pemain lain bersedia untuk menggalas misi memburu tiga mata penuh,” jelas Guardiola.

Sementara itu, pemain tengah City, Ilkay Gundogan menggesa rakan-rakan sepasukan agar berwaspada dengan ancaman daripada Spurs yang kini dibimbing Nuno Espirito Santo.

“Ini adalah perlawanan pembukaan yang sukar buat kami tetapi saya percaya dengan kua­liti rakan-rakan sepasukan untuk memastikan saingan musim baharu ini bermula langkah positif,” katanya.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan memihak kepada City dengan tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan dalam enam aksi terdahulu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI