fbpx

Sukarelawan berbahasa Urdu, Bengali di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di laman Twitter sukarelawan tersebut.

PETALING JAYA – Usaha seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mempelajari bahasa Urdu dan Bengali bagi memudahkan komunikasi dengan penerima vaksin warganegara Pakistan dan Bangladesh mendapat pujian orang ramai.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Twitter Ain Syawani, dia memberitahu usahanya mempelajari bahasa tersebut membantu memudahkan proses pendaftaran di kaunternya di PPV Stadium Bukit Jalil.

“Saya cuma nak kongsi rakaman video saya bercakap dalam bahasa Bengali dan Urdu. Belajar bahasa mereka membantu mempercepatkan kerja saya. Dan saya suka tengok reaksi mereka bila saya bercakap bahasa mereka. Harap video ini buat anda gembira,” ciapnya.

Katanya, dia yang bertugas sebagai sukarelawan di PPV sejak hujung bulan Jun lalu itu turut mempelajari bahasa lain seperti Myanmar, Nepal dan Hindi bagi memudahkan proses pendaftaran.

“Kadang-kadang susah mereka nak faham jadi saya ambil alternatif untuk belajar bahasa mereka, mudahkan kerja dua pihak.

“Setiap kali cakap bahasa Bangladesh, mesti mereka tersenyum dengar saya cakap bahasa mereka. Sekarang target nak belajar bahasa Myanmar pula tapi agak susah. Majoriti tak faham bila kita cakap bahasa Inggeris atau bahasa Melayu,” katanya.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 99,000 kali dan turut mendapat respon positif orang ramai yang rata-ratanya memuji usahanya memudahkan proses vaksinasi bagi warga asing.

“Comelnya, terima kasih atas usaha menyantuni sesama manusia,” kata Saghasaadin.

“Semasa melancong ke Nepal, semua warga Nepal yang pernah bekerja di Malaysia sapa keluarga saya dengan gembira. Rasa sangat dialu-alukan di sana,” kongsi Nody.

“Terinspirasi nak buat macam ini. Nak belajar bahasa asas negara lain supaya mereka rasa dialu-alukan. Terima kasih sebab kongsi video ini,” kata rrkipas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI