fbpx

Saya tidak suka dibandingkan dengan orang lain – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharifah Rose mengakui dia kurang senang dibandingkan dengan indivdu lain.

PETALING JAYA – Selebriti media sosial atau instafamous yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dia berasa kurang senang apabila dibandingkan dengan individu lain.

Menerusi segmen soal jawab yang dikongsikan dalam InstaStory miliknya, Sharifah atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 23, telah ditanya salah seorang pengikutnya tentang perkara yang membuatkan dia berasa kurang senang dan cara bagaiaman dia menangani masalah tersebut.

“Apa yang membuatkan awak berasa kurang senang dan bagaimana awak mengatasi masalah tersebut?” ujar seorang pengguna Instagram.

Ujar gadis yang mesra disapa Rose itu, dia tidak suka apabila orang membandingkan dirinya dengan seseorang kerana perkara tersebut membuatkan dirinya berasa kurang dihargai.

“Saya tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Perbuatan itu membuatkan saya berasa kurang dihargai.

“Apabila orang bercakap tentang kekurangan saya pada wajah atau sesuatu pada anggota badan saya, saya sebenarnya tidak terlalu memikirkannya. Sebab saya sendiri akan sedar perubahan pada badan saya,” katanya.

Untuk mengatasi perkara tersebut, pelakon yang pernah membintangi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu selalu bercakap dengan ibu bapanya tentang hal tersebut.

“Sekurang-kurangnya boleh melegakan hati. Sejujurnya saya fikir media sosial memainkan peranan dalam hal ini apabila pengguna mempunyai standard kecantikan mereka tersendiri.

“Jika anda tidak memenuhinya, anda akan rasa kurang dihargai,” tulisnya.

Katanya lagi, dia bagaimanapun bersyukur apabila dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna dan akan menggunakan kesempurnaan itu untuk membuat kebaikan kepada orang lain.

“Melihat perkara yang baik dalam kehiduapan dan membantu orang lain sudah cukup baik,” katanya.

Sekadar info, Rose sebelum ini mengakui bahawa dia tidak terlepas daripada mendapat kritikan netizen dan menganggap pekara sebegitu adalah biasa.

“Sebagai manusia biasa, saya menganggap ia adalah ruang untuk belajar daripada kesilapan dan memperbaiki kelemahan diri. Saya juga belajar untuk tidak menerima bulat-bulat kritikan tersebut sebaliknya tapis komen-komen berunsur negatif dan dapatkan sokongan daripada keluarga serta kawan-kawan yang lebih mengenali diri kita,” ujarnya.

Untuk menghilangkan stres dan tekanan yang diterima dalam laman sosial, Rose mendedahkan bahawa dia suka membaca buku sebagai salah satu cara detoksifikasi daripada media sosial dan antara buku yang menjadi kegemaran ialah buku motivasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI