fbpx

Sakan berjoget, Daiyan Trisha kena tarbiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

PELAKON cantik Daiyan Trisha nampaknya kena tarbiah oleh netizen yang ‘panas’ bila tengok aksinya menari berjoget sakan menyanyikan lagu Stay nyanyian The Kid Laroi dan Justin Bieber dengan penampilan yang agak terdedah sana sini.

Rata-rata netizen berpendapat, Daiyan tidak perlu terlalu ghairah ‘berseronok’ dengan penampilan sebegitu sedangkan kita tidak tahu bila nyawa kita akan dicabut Tuhan. Seram!

Bahkan, ramai juga netizen mungkin dalam kalangan peminat yang sayangkannya menasihati Daiyan supaya menutup aurat dan mengajak pelakon itu untuk masuk syurga bersama-sama.

Apa yang Diva nak puji, Daiyan tidak cepat melatah, sebaliknya dia menyambut baik nasihat yang diberikan padanya selain mengucapkan terima kasih kepada netizen kerana mengingatkannya tentang dosa dan pahala.

Selepas ditegur, Daiyan kemudian berkongsi sebuah lagi video mengenakan pakaian yang lebih sopan dan tertutup.

Sejuk mata Diva tengok. Harap-harap dapat dikekalkan imej sebegitu. Amin.

DIVA: Rindu nak tengok persembahan TokTi, dengar kata ada projek istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI