fbpx

RM2 juta bantu ekonomi gig belia di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor menyediakan dana sebanyak RM2 juta bagi membantu para belia yang menceburi perniagaan berasaskan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi beberapa syarikat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, ia dilakukan melalui Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang telah memasuki tahun kedua bagi menyokong aktiviti belia.

“Kerajaan Negeri telah menerima 3,000 kuota penerima bantuan p-hailing ini pada tahun lepas dan telah membuka 3,000 kuota lagi untuk tahun ini dengan dengan pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan melayari laman web www.msnselangor.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak RM 343,080 diserahkan secara cek hari ini kepada para pemohon bantuan tahun lalu bagi daerah Petaling Jaya, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI