fbpx

Presiden dan CEO MBSB meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), Datuk Seri Ahmad Zaini Othman menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi semalam akibat komplikasi Covid-19.

Beliau meninggal dunia pada usia 64 tahun, pukul 1.46 pagi di Hospital Pakar KPJ Selangor dan meninggalkan isteri, dua anak perempuan serta dua orang cucu.

Sebagai langkah interim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nor Azam M. Taib akan menjadi pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB. 

Ahmad Zaini dilantik menerajui MBSB pada 26 Februari 2009 dan di bawah kepimpinannya, beliau telah mentransformasikan institusi tersebut menjadi sebuah organisasi yang menjana keuntungan.

Beliau berjaya menyelesaikan penggabungan antara MBSB dan Asian Finance Bank, yang membolehkan MBSB memiliki sepenuhnya MBSB Bank Berhad pada 2018, seterusnya menukar institusi kewangan bukan bank konvensional itu menjadi bank Islam lengkap kedua di negara ini.

Pengerusi Kumpulan MBSB, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pemergian arwah adalah satu kerugian besar bukan hanya untuk MBSB Group, tetapi juga industri perbankan secara keseluruhan. 

“Ahmad Zaini adalah seorang yang luar biasa dengan hati yang besar dan telah menyentuh banyak kehidupan. 

“Kerja kerasnya tidak akan dilupakan dan kami akan sangat merindukannya,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI