PUTRAJAYA – Pejabat Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penafian itu dibuat Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PN menerusi hantaran di Facebook selain Pejabat Perdana Menteri sendiri hari ini.
Kenyataan media palsu bertajuk ‘Ismail Sabri Penyambung Legasi Kejayaan Pemulihan’ mula tular di media sosial hari ini susulan laporan media mengaitkan isu peletakan jawatan Perdana Menteri, esok.
Kenyataan itu antara lain turut menyebut bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – K! ONLINE