fbpx

‘Pinjamkan dia hingga hari-hari tua kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA bersyukur apabila suaminya, Aeril kembali sihat setelah dua kali dijangkiti virus Covid-19 pada Januari lalu dan bulan ini.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas suaminya, Aeril Zafrel sembuh setelah dijangkiti Covid-19 buat kali kedua baru-baru ini.

Aeril mengesahkan dia positif jangkitan virus itu pada 4 Ogos lalu selepas kali pertama pada Januari lepas dan menjalani kuarantin di rumah.

Sebaik tamat tempoh kuarantin kelmarin, Aeril diraikan de­ngan meriah oleh Wawa bersama tiga anak mereka iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soff­ya, setahun lapan bulan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Wawa memuat naik video memaparkan dia dan tiga anaknya menunggu Aeril turun dari bilik sambil memegang sebiji kek.

Dua anak mereka iaitu Attar dan Hayla pula kelihatan ceria menyarung kostum dinosaur berwarna hijau dan biru.

“Alhamdulillah, Aeril telah selesai kuarantin. Dua kali positif Covid-19 pada tahun ini. Terima kasih Ya Rabb, Kau masih pinjamkan dia buat kami. Pinjamkanlah kesayanganku ini Ya Rabb hingga ke hari-hari tua kami. Amin ya Rabbal Alamin,” katanya.

Aeril kemudian mengucup dahi isterinya dan mendukung anak-anaknya yang kelihatan gembira melihat dia sudah sihat.

Pada masa sama, pelakon filem Sabda Kekasih itu turut menitipkan pesanan kepada peminat agar menghargai pasa­ngan masing-masing.

“Ciptalah memori indah bersamanya. Terima kasih Allah. Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi daripada Covid-19 yang semakin mengganas,” katanya lagi.

Perkongsian Wawa atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikut Instagramnya yang nyata terharu de­ngan peringatan pelakon itu.

Pada 6 Ogos lalu, Wawa mengesahkan dia dan tiga anak tidak dijangkiti Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI