fbpx

Petronas, SIC tamatkan kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN SHAFRIMAN mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas sokongan yang tidak putus-putus dan perjalanan luar biasa ketika bersama dalam sukan permotoran dunia.

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan pihaknya dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bersetuju menamatkan jalinan kerjasama selaku penaja pasukan Petronas Sepang Racing Team (PSRT) pada sai­ngan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berakhir hujung musim ini.

Syarikat pengeluar minyak gergasi Malaysia tersebut menjadi penaja utama SIC sejak 2018 menerusi pasukan yang dikenali sebagai Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan juga Moto3.

SIC dan Petronas terus mengembangkan projek mereka apabila menyertai perlumbaan kelas utama pada musim 2019 dengan pasukan dikenali sebagai Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PSRT).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas sokongan yang tidak putus-putus dan perjalanan luar biasa yang dicapai mereka dalam saingan sukan permotoran dunia.

“Kami menghormati keputusan Petronas dan saling bersetuju bahawa kerjasama tersebut berjaya mencapai matlamat dan objektif. Kami menikmati kerjasama ini dengan pencapai­an hebat dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama pasukan.

“Saya percaya kerjasama ini tidak terhenti dalam sukan permotoran ketika kami meneruskan usaha mencungkil bakat dalam sukan permotoran di Malaysia.

“SIC berbangga kerana telah terlibat dalam perkembangan awal pasukan yang berjaya meraih satu keputusan luar jangkaan. Kami mendoakan yang terbaik untuk pasukan di bawah entiti baharu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RAZLAN

Sementara itu, Prinsipal pa­sukan SRT, Datuk Razlan Razali mendedahkan, pihaknya akan mengeluar kenyataan tidak lama lagi mengenai perancangan pasukannya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami sebagai pasukan akan membuat pengumuman mengenainya sebelum perlumbaan di Silverstone nanti berkenaan hala tuju pasukan untuk tempoh tiga tahun,” katanya.

Buat masa ini, belum dapatkan dipastikan perancangan SRT sama ada kekal bersaing dalam ketiga-tiga kategori atau hanya kekal bersaing dalam kelas premier tahun depan.

Ketika ini, pasukan SRT dalam dilema untuk mencari pelumba gantian selepas jaguh dunia, Va­lentino Rossi mengumumkan persaraannya sebaik tamat sai­ngan musim ini.

Lebih menarik, pelumba sensasinya, Franco Morbidelli juga dikatakan akan menyertai Monster Energy Yamaha musim depan selepas Maverick Vinales menamatkan kontrak lebih awal.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan terdapat dua tempat kosong perlu diisi SRT pada musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI