fbpx

Pesakit HSI, HSA akan dipindah ke hospital swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor

JOHOR BAHRU – Sebahagian daripada pesakit bukan Covid-19 yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) akan dipindahkan ke kemudahan hospital swasta.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah langkah berkenaan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap sistem kesihatan awam negeri ini.

“Saya telah menitahkan penyumberan luar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta bagi meringankan bebanan terhadap sistem kesihatan awam.

“Pesakit dari HSI akan dipindahkan ke Columbia Asia dan dari HSA akan dipindahkan ke KPJ,” titahnya dalam satu ciapan di laman Twitter miliknya, hari ini.

Baginda turut bertitah, inisiatif baharu iaitu Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid-19 (IPA-C) akan dilaksanakan untuk mencegah penularan Covid-19.

“Inisiatif baru IPA-C akan dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan Johor, Jabatan Kesihatan Johor dan pemimpin-pemimpin komuniti untuk mencegah penularan Covid-19.

“Pelaksanaannya adalah dengan mengutamakan collective responsibility, memantapkan risk communication dan memperkukuh usaha pemantauan,” titah baginda lagi.

Semalam, tular di media sosial pesakit yang mendapatkan rawatan di HSI terpaksa menerima rawatan di dalam khemah kerana kesesakan di dalam wad. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI