GEORGE TOWN – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di Jambatan Pulau Pinang mulai 16 Ogos sehingga 30 Disember depan.
Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, ia adalah salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pelanggan di atas Jambatan Pulau Pinang.
Katanya, kerja-kerja itu akan dilaksanakan secara berperingkat di antara Kilometer (KM) 0.2 hingga KM 8.3 melibatkan laluan Seberang Perai ke pulau dengan operasi penyelenggaraan dijadualkan pada pukul 10 malam hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.
“Penutupan lorong akan dibuat secara berperingkat bagi membolehkan dua lorong terus dibuka untuk keselesaan orang ramai pada setiap masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE