PETALING JAYA – Semua ahli Pas diminta mendirikan solat hajat dan bermunajat malam ini agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal mentadbir negara.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, solat hajat tersebut adalah bagi menghadapi hari esok yang didakwa merupakan hari paling penting bagi masa depan negara.
“Esok hari yang sangat penting dalam menentukan masa depan negara.
“Kita perlukan masa untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, keadaan Covid-19 dan tekanan ekonomi rakyat serta negara pada masa ini,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.
Terdahulu, Tuan Ibrahim turut membuat hantaran di Facebook dengan menyifatkan pada kebiasaannya manusia tidak menghargai sesuatu waktu yang masih ada.
Menteri Alam Sekitar dan Air itu sebaliknya berkata, manusia hanya akan menghargainya dan menyesal setelah ia tiada.
“Biasanya manusia tidak hargai sesuatu waktu masih ada, namun ia akan menghargai dan menyesal setelah tiada,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929