fbpx

Operasi cari mangsa lemas diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meneruskan pencarian warga emas yang dipercayai lemas di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

BATU GAJAH – Operasi mencari warga emas yang dikhuatiri lemas di Jambatan Malim Nawar, Jalan Tanjung Tualang dekat sini semalam diteruskan pagi ini.

Pencarian disambung bermula 8 pagi tadi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, BBP Kampar serta unit anjing pengesan dan penyelam bomba.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, operasi diperluas sehingga lingkungan lima kilometer dari jarak mangsa disyaki terjatuh.

Menurut jurucakap itu, identiti mangsa dikenali sebagai Tham Yoke berusia 88 tahun.

“Kerja pencarian melibatkan dua buah bot serta dibantu anjing pengesan dan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air.

“Operasi turut dibantu 36 anggota pelbagai agensi termasuk polis. Keadaan air pula deras dengan kedalaman kira-kira tiga meter,” ujar jurucakap tersebut.

Gerakan pencarian ini diketuai Ketua BBP Batu Gajah, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Norshah Shahri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI