fbpx

Lelaki tinggal dalam gua minta divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hermit sedar akan kepentingan mendapatkan suntikan Covid-19. – AFP

PIROT, SERBIA – Seorang lelaki dari Pirot, Serbia, yang tinggal di dalam gua selama 20 tahun keluar dari tempat pertapaannya untuk mendapatkan suntikan Covid-19, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Panta Pertrovic, 70, mendapat tahu mengenai wabak tersebut daripada satu lawatannya ke pekan pada tahun lepas.

“Virus itu tidak memilih mangsa. Ia akan datang ke sini, ke gua saya juga,” katanya.

Tambah Pertrovic, dia tidak memahami mengapa terdapat sebilangan individu yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai virus Covid-19.

“Saya ingin dapatkan kesemua tiga dos termasuk dos tambahan. Saya juga ingin menggalakkan setiap penduduk agar mendapatkan vaksinasi mereka,” ujarnya.

Pertrovic pada 20 tahun lepas berpindah ke sebuah gua kecil di sebuah kawasan pergunungan untuk mengelak daripada berhubungan dengan masyarakat.

Dia yang pernah bekerja sebagai seorang buruh mengambil membuat keputusan untuk menjadi seorang pertapa di dalam gua kerana mahu hidup bersendirian.

“Saya tidak bebas di bandar. Kebiasaannya, terdapat seseorang yang akan mengganggu anda, sama ada anda bertengkar dengan isteri, jiran atau polis.

“Di sini, tiada sesiapa yang mengganggu saya,” jelasnya.

‘Rumah’ Pertrovic hanya boleh diakses menerusi pendakian curam. Rakan-rakannya terdiri daripada ayam, kucing, anjing dan babi hutan. 

Makanan rujinya pula adalah cendawan dan ikan yang ditangkap dari sebatang anak sungai berdekatan selain dia turut pergi ke pekan sesekali untuk mencari sisa makanan dari tong sampah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI