fbpx

KL ibu kota terawal capai imuniti kelompok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur menjadi antara ibu kota terawal di negara ini mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus populasi dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan laporan vaksinasi setakat semalam, kira-kira 85 peratus populasi dewasa di Kuala Lumpur lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Beliau berkata, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan kedua mencapai imuniti kelompok selepas Labuan, pada 27 Julai lalu dan ketika ini berjaya mencapai kapasiti harian 53,000 dos yang dilaksanakan melalui 196 Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sebanyak 92 peratus kelompok dewasa di Labuan menerima dua dos vaksin setakat semalam manakala, Putrajaya pula berada pada tahap 74 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI