fbpx

Khairy mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PUTRAJAYA – Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya ada kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.

Menerusi dua rakaman video versi bahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.

“Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” kata Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi menerusi hantaran itu.

Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekulasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.

Malah sepanjang ucapan tersebut beliau lebih banyak mengulangi perkara yang sama sudah dilaporkan pihak media tempatan sebelum ini mengenai pelbagai isu berkaitan dengan PICK.

Tidak pula dipastikan sama ada penampilan beliau itu seperti beri isyarat awal pengunduran dirinya susulan spekulasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan esok.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet pun kehilangan jawatan masing-masing secara automatik. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI