fbpx

Khabib tukar karier, jadi pemain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHABIB (kanan) kini bergelar pemain bola sepak profesional selepas bersara daripada arena pertempuran seni bela diri campuran. – AFP

LONDON – Jaguh seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib Nurmagomedov yang sebelum ini mengumumkan persaraan, kini bergelar pemain bola sepak selepas mengikat kontrak dengan kelab divisyen ketiga Rusia, FC Legion Dynamo Makhackala.

Legion yang menamatkan liga musim lalu di tempat keempat, mengumumkan berita itu menerusi sekeping gambar Khabib bersalam dengan wakil kelab berkenaan semalam.

Petinju sensasi kelahiran Da­gestan itu sememangnya meminati bola sepak dan merupakan peminat Real Madrid selain se­ring berkongsi pengetahuannya mengenai sukan paling popular itu.

Presiden Legion, Shamil Lakhiyalov mengakui, beliau sudah melihat perlawanan Khabib sebelum ini dan tidak sabar untuk melihat kemampuannya apabila saingan liga kembali bersambung tidak lama lagi.

“Pertempuran hebat menanti Legion dan kami memerlukan seorang pahlawan yang hebat. Saya sudah melihat Khabib bermain dan tidak dinafikan dia seorang penyerang yang berbahaya,” katanya.

Bekas juara lightweight UFC itu pernah menunjukkan kemahiran dan bakatnya dalam satu perlawanan bola sepak di Dubai menentang pasukan yang dibarisi bekas-bekas pemain hebat seperti legenda AC Milan, Cla­rence Seedorf.

Selain Legion, Khabib juga dikatakan menerima tawaran daripada satu lagi kelab divisyen tiga Rusia, FC Kamaz yang bersedia menguji bintang MMA ber­kenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan petinju berusia 32 tahun itu akan turun membuat debut bersama Legion ataupun menyertai pasukan baharunya itu atas dasar pemasaran kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI