fbpx

Kerajaan teliti langkah henti caj mahal urus jenazah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan Food Bank di Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah, Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam usaha memastikan caj pengurusan jenazah Covid-19 yang dijalankan pihak tertentu dapat dihentikan dengan segera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara itu itu telah dijalankan oleh majlis agama di setiap negeri untuk mengelakkan keluarga mangsa Covid-19 terbeban.

“Berdasarkan laporan, keadaan mengenai caj pengurusan jenazah masih terkawal. Agensi kerajaan telah berunding dengan pihak berkuasa agama negeri termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi tindakan susulan.

“Buat masa ini, bidang kuasa bagi pengurusan jenazah adalah di bawah majlis agama negeri dan kita serahkan kepada pihak berkenaan bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Food Bank Bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI