fbpx

Kekalahan Arsenal tidak mengejutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Arsenal, Granit Xhaka kecewa dengan kelonggaran barisan pertahanan menentang Brentford awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta harus bertanggungjawab terhadap prestasi memalukan skuad bimbingannya yang tewas mengejut 0-2 kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford di Stadium Brentford Community awal pagi semalam.

Walaupun ia baru perlawanan pertama, tetapi aksi dipamerkan The Gunners langsung tidak menggambarkan mereka mampu untuk mencabar kelompok empat teratas musim ini.

Sebaliknya, Arsenal mungkin sekadar bersaing di kelompok pertengahan atau lebih malang bergelut dalam zon penyingkiran jika Arteta tidak mencari jalan penyelesaian terhadap krisis yang sudah melanda pasukannya sejak musim lalu.

Menariknya, pengendali berusia 39 tahun itu mengakui, anak-anak buahnya tidak layak me­raih keputusan selain daripada kekalahan berdasarkan keseluruhan prestasi yang ditampilkan dalam aksi tersebut.

“Aksi yang sangat mengecewakan. Kami tidak bermain permainan sebenar dalam babak pertama, malah menghadapi masalah mengatasi hantaran jauh dan menang bola kedua.

“Kami cuba mencipta peluang, tetapi ia tidak cukup berbahaya untuk memenangi perlawanan. Tugas kami lebih sukar selepas Brentford mendapat gol kedua melalui lontaran jarak jauh.

“Saya tidak rasa kami layak meraih sesuatu yang lebih berbeza. Tahniah kepada Brentford kerana bermain cukup baik di hadapan para penyokong mereka,” katanya.

Arsenal yang turun tanpa Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, tewas dua gol kepada Brentford menerusi jaringan Sergi Canos serta Christian Norgaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI