fbpx

Kedah belum cukup cergas sepenuhnya – Aidil Sharin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN KDA FC, Alves (kiri) dilayangkan kad merah selepas menampan bola rembatan Olesegun di Stadium Darul Aman kelmarin.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

Kekurangan seorang pemain selain kurang kecergasan setelah lebih tiga bulan tidak beraksi punca Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa akur dengan kekalahan 4-2 di laman sendiri kepada Selangor malam tadi.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, pasukan pelawat jelas memiliki segala kelebihan sedangkan skuadnya telah memberikan semua yang terdaya di sebalik segala kekurangan.

Katanya, bukan mudah untuk anak-anak buahnya menyerap serangan pantas Gergasi Merah ketika beraksi dengan hanya 10 pemain bagi tempoh 60 minit.

“Pada separuh masa pertama, kita lihat bagaimana pasukan ini terlebih dulu membuka jaringan ketika kita masih memiliki 11 pemain. Malah apabila Renan Alves dilayangkan kad merah sekali pun, kita masih mampu menjaringkan satu lagi gol di ­penghujung separuh masa pertama.

“Namun memasuki separuh masa kedua, para pemain jelas keletihan ketika Selangor kian menggandakan asakan termasuk meletakkan lebih ramai pemain dalam kotak penalti.

“Pada akhirnya, kita terpaksa mengucapkan tahniah kepada Selangor atas kemenangan ini dan bangkit semula untuk menampilkan aksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Aman malam tadi, Alves dilayangkan kad merah pada minit ke-28 apabila dia menampan bola rembatan tonggak penyerang import Selangor, Ifeadyo Olusegun dengan menggunakan tangan di atas garisan gol.

Keadaan itu menjejaskan rentak pasukan tuan rumah biar pun mereka terlebih dulu di depan menerusi jaringan Kpah Sherman pada minit ke-23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI