fbpx

KBS hormati keputusan Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN SRT dan Petronas telah mengecap pelbagai kejayaan luar biasa sepanjang bersaing dalam MotoGP sejak tahun 2018.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas untuk tidak menyambung kontrak penajaan (non-renewal of title partnership) Petronas Sepang Racing Team (PSRT) yang akan berakhir penghujung tahun ini.

KBS dalam kenyataan semalam memberitahu, pihaknya dengan kerjasama SIC tetap komited meneruskan program pembangunan bakat dan pelumba dalam sukan permotoran.

KBS menambah, pihaknya tetap percaya bahawa kerjasama strategik bersama Petronas masih boleh diadakan semula pada suatu masa kelak.

“KBS menghormati keputusan ini dan mengucapkan se­tinggi-tinggi penghargaan kepada Petronas atas kerjasama dan soko­ngan padu yang telah diberikan selama ini terhadap pembangunan sukan permotoran tanah air,” katanya kenyataan itu.

KBS memberitahu, kementerian dan SIC juga sedang merangka pelan keseluruhan bagi pelumba negara pada kejohanan antarabangsa berikutan keadaan industri permotoran terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, perbincangan lanjut antara KBS dan SIC masih diteruskan untuk mencari jalan terbaik menentukan hala tuju sesuai untuk tahun akan datang.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, KBS dan SIC telah meningkatkan lagi usaha pembangunan bakat di peringkat akar umbi dan tidak hanya tertumpu kepada bantuan kewangan, tetapi penambahbaikan pembangunan dan perancangan.

“Sokongan daripada KBS dalam usaha ini tidak pernah terhenti. Menjadi harapan KBS dan SIC supaya Malaysia dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat sukan permotoran tanah air yang kompetitif untuk bersaing di pe­ringkat antarabangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI