fbpx

Jangan malu jika perlukan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Albert (tengah) bersama para sukarelawan semasa mengedarkan bantuan kotak makanan kepada penduduk dua taman perumahan di Bercham, Ipoh pagi tadi.

IPOH – Bukan nilai barang-barang, tetapi niat ikhlas pemberian sebagai tanda prihatin serta bantu-membantu sesama masyarakat.

Itu usaha Ahli Majlis Zon 11, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kaunselor Albert Ho Wai Mun bagi meringankan  beban100 keluarga di Taman Pakatan dan Taman Bercham Aman dengsn mengagihkan bantuan kotak makanan.

Beliau berkata, selaku Ahli Majlis adalah menjadi tanggungjawab dirinya untuk memastikan kebajikan penduduk Bercham semasa pandemik terbela dan program turun padang seperti itu menjadi platform bertemu secara langsung dengan penduduk.

“Selain memberikan kata-kata semangat, kepada sesiapa yang mengalami kesukaran juga diminta tabah menghadapi dugaan.

“Jika perlukan bantuan, sila suarakan dan tidak perlu malu. Menerusi program MBI Prihatin kita menyediakan bantuan sedemikian kepada penduduk yang memerlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Albert dibantu sukarelawan mengagihkan sumbangan kepada penduduk di dua kawasan perumahan tersebut.

Ia turut dihadiri Ketua Kampung Bercham, Raymond Choo dan Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11, Cheng Ming Tat dengan kotak-kotak makanan tersebut telah diedarkan kepada penduduk daripada pelbagai latar belakang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI