fbpx

Issey kini deejay Gegar FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISSEY kini bergelar penyampai di konti radio Gegar FM.

PETALING JAYA – Selepas sebulan berehat meninggakan konti radio Suria FM, pelawak yang juga pelakon Issey kembali bertugas menemani para pendengar.

Berubah angin, Issey menerusi hantaran dalam Instagramnya pagi tadi memaklumkan dia kini bersama radio Gegar FM dan bersiaran ditemani rakan penyampai, Shah mengendalikan slot Gegar Pagi.

“Bismillahirrahim. Hari ni bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya. Issey mula bersiaran di @gegar.my dalam segmen Gegar Pagi bersama @shahgegar,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, turut kelihatan ceria dan lebih selesa memandangkan saluran radio tersebut tertumpu kepada pendengar di negeri Pantai Timur memandangkan dia sendiri berasal dari Kelantan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata selebriti termasuk rakan penyampai radio dan pengikutnya mengucapkan tahniah dan selamat datang buat Issey.

“Huk aloh buat yang terbaik Issey. Tahniah sebab kembali menceriakan kami.

“Pergilah kau mengejar cita-citamu wahai Issey. Dah dua tahun aku tak dengar Gegar, sekarang dengar semula disebabkan kau,” tulis netizen.

Terdahulu, Issey memulakan tugasan sebagai penyampai radio Suria FM pada 6 Ogos 2018.

Pengunduran diri pelawak tersebut 16 Julai lalu mengundang sebak memandangkan dia dan dua lagi penyampai Suria Pagi, Ajak Shiro dan Fizie Ali sememangnya bersahabat baik tidak hanya di dalam konti radio. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI