fbpx

Empat pengamal perubatan tradisional disaman RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozita (kiri) dan Muhammad Hariz menunjukkan salinan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa semalam.

KOTA BHARU – Seorang suri rumah akan membuat tuntutan saman malu masing-masing sebanyak RM1 juta terhadap empat individu yang telah menuduhnya melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam.

Rozita Ramli, 43, akan mengemukakan saman itu terhadap empat lelaki yang juga pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.

Rozita berkata, keempat-empat lelaki itu membuat tuduhan ketika siaran langsung Facebook dan YouTube mereka awal bulan ini sekali gus memberi tekanan kepada keluarganya.

“Tuduhan yang dikeluarkan empat individu itu sehingga menyebabkan ramai pihak turut memaki hamun dan menyalahkan saya tanpa usul periksa.

“Saya juga dituduh melakukan sihir terhadap adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu itu berbalik kepada kami sekeluarga yang menyebabkan hubungan menjadi renggang.

“Ada individu membuat laporan polis menuduh saya menipu dengan mengutip sumbangan untuk rawatan anak perempuan yang mengalami penyakit misteri dan anak lelaki yang menderita buah pinggang kronik,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini petang semalam

Tindakan saman malu itu dilakukan menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md. Yusof sebagai peguam.

Tambah Rozita, dia mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan selain mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya.

Sebelum ini, tular video empat orang lelaki dipercayai pengamal perubatan tradisional sedang merawat anak perempuan Rozita berusia 15 tahun di media sosial. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI