fbpx

Drama ‘paling halal’ Hannah Delisha, Imam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA dan suaminya, Imam Shah.

JARANG sungguh mendengar cerita tentang si cantik Hannah Delisha selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah.

Bahkan, dia juga seperti menyepikan diri dalam media sosialnya apabila jarang memuat naik perkongsian tentang dirinya.

Bagaimanapun, dalam kesenyapannya itu, tular beberapa potongan video TikTok memaparkan babak-babak lakonannya menerusi drama Rindu Salah Alamat gandingan bersama Imam.

Ramai yang memuji lakonan Hannah dengan Imam dan berharap pasangan sejoli itu akan terus berlakon bersama dalam mana-mana karya lain.

“Drama paling halal setakat ini. Suka lihat Hannah dan suami berlakon bersama,” puji seorang netizen.

Memang diakui susah sangat nak tonton lakonan Hannah sekarang ini, ditambah pula banyak penggambaran tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.

Harapnya selepas ini Hannah kembali aktif, sekurang-kurangnya terubat rindu para peminat.

DIVA: Ramai netizen naik marah dengan sesetengah artis yang masih menangisi pemergian penyanyi Siti Sarah. Katanya tidak perlulah terlalu mensensasikan kematiannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI