fbpx

44.5 peratus individu lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 44.5 peratus atau 10,425,300 individu daripada populasi dewasa dalam negara telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), 72.1 peratus atau lebih 16,868,615 juta individu daripada populasi dewasa dalam negara pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 442,150 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, negeri Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 80,784 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (44,803), Johor (27,574), Sabah (26,820), Pulau Pinang (18,261) dan Perak (14,846).

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 27.29 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI