fbpx

20,546 kes Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jangkitan Covid-19 mencatatkan 20,546 kes hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 20,546 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,404,899 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 7,307 kes, diikuti oleh Sabah (1,665 kes), Kedah (1,596 kes), Johor (1,508 kes), Kuala Lumpur  (1,442 kes), Pulau Pinang (1,111 kes), Perak (1,069 kes) dan Kelantan (1,025 kes).

“Sarawak (963 kes), Pahang (926 kes), Negeri Sembilan (698 kes), Melaka (631 kes) dan Terengganu (534 kes).

“Putrajaya pula (47 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (tiga kes),” ujarnya dalam kenyataan melalui laman Facebook rasmi beliau hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI