fbpx

12 diberkas seludup arak, rokok dan berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan hasil serbuan dijalankan polis IPD Iskandar Puteri, Johor, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 12 individu diberkas selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian serta penjualan minuman keras dan rokok tidak berdaftar dalam operasi di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek ditahan menerusi 12 serbuan yang dijalankan berasingan di kawasan Nusa Bestari, Kangkar Pulai, Gelang Patah, Tanjung Kupang dan Bukit Indah.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 53 tahun melibatkan sembilan warga tempatan dan tiga warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dzulkhairi, pihaknya turut merampas 942 karton rokok pelbagai jenama dan 378 botol arak pelbagai jenama serta wang tunai sebanyak RM200.

“Manakala serbuan di premis perjudian menyaksikan polis merampas empat telefon bimbit, dua mesin cetak mudah alih, tiga unit modem, lima helai slip kertas putih, serangkai kunci dan wang tunai sebanyak RM737 dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM44,500,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI