fbpx

Zakat bantu golongan asnaf, miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumbangan tablet kepada pelajar asnaf antara bantuan yang diberikan Zakat Perak-MAIPk membabitkan pendidikan. - Gambar hiasan

IPOH – Pembayar zakat dalam kalangan anak-anak Perak di perantauan diminta terus melunaskan tanggungjawab tersebut bagi membolehkan usaha membantu golongan asnaf dan miskin diteruskan.

Pusat Zakat Perak MAIPk dalam satu kenyataan memberitahu, proses pemulihan selepas serangan Covid-19 mengambil masa yang panjang selain melibatkan banyak aspek.

Menurut kenyataan itu, justeru Zakat Perak-MAIPk bersedia menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi..

“Ketiadaan pekerjaan, peluang pekerjaan terhad, kos sara hidup tinggi, keperluan pendidikan pelajar, peniaga kekurangan pembeli dan banyak lagi.

“Dari sekarang kami menyeru anak-anak Perak cakna keluarga di kampung,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu lagi, kesediaan anak-anak Perak membayar zakat sangat bermakna apabila sama-sama memikul tugas membangunkan semula golongan yang memerlukan.

Pembayaran zakat juga boleh dilakukan secara dalam talian atau melayari laman Facebook Zakat Perak-MAIPk bagi mendapatkan maklumat lanjut. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI