BATU GAJAH – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Malim Nawar, Jalan Tanjung Tualang dekat sini pagi tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.22 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Mengikut saksi kejadian, mangsa berusia 89 tahun telah terjatuh ke dalam sungai lalu gerakan dilakukan secara pencarian pada permukaan air.
“Kita menggunakan sebuah bot bagi melakukan pencarian dari hilir sungai sejauh 1.5 kilometer (km),” ujar jurucakap tersebut.
Bagaimanapun, kawasan pencarian diperluaskan sejauh 4.5km dari lokasi mangsa dipercayai jatuh dengan bantuan bot dan anggota BBP Kampar.
Sehingga pukul 6.39 petang tadi mangsa masih belum ditemui manakala gerakan mencari dihenti dan akan bersambung pagi esok.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929