fbpx

Tiada mesyuarat tergempar di kediaman PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas media berkumpul di kediaman PM. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada mesyuarat tergempar di kediaman rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini hari ini.

Perkara itu disahkan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau menyifatkan mesyuarat yang berlangsung selama sejam pada petang ini hanya mesyuarat pengurusan parti.

“Mesyuarat pada hari ini hanya berkaitan pengurusan parti dan saya mempengerusikan mesyuarat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas keluar dari kediaman Perdana Menteri hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memaklumkan, mesyuarat tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan parti BERSATU yang lain.

Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan membawa pemimpin BERSATU antaranya Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Armada BERSATU, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Turut dilihat hadir, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU terdiri daripada Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI