fbpx

Terima kasih Kau masih pinjamkan dia buat kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video dimuat naik Wawa memaparkan Aeril disambut anak-anak mereka selepas selesai menjalani kuarantin semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Wawa Zainal memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas suaminya, Aeril Zafrel sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Aeril sebelum ini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas disahkan positif Covid-19 kali kedua pada 4 Ogos lalu.

Bagaimanapun semalam, Aeril selesai menjalani kuarantin dan disambut dengan meriah oleh Wawa dan tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, setahun lapan bulan.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, Wawa memuat naik sebuah video memaparkan dia dan tiga anak-anaknya menunggu Aeril turun dari bilik sambil memegang sebiji kek.

Dua anak mereka iaitu Attar dan Hayla pula tampil menceriakan suasana dengan menyarung kostum dinosaur berwarna hijau dan biru.

“Alhamdulillah, Aeril dah pun habis kuarantin. Dua kali positif Covid-19 tahun ini. Terima kasih Ya Rabb, Kau masih pinjamkan dia buat kami.

“Pinjamkanlah kesayanganku ini Ya Rabb sehingga ke hari-hari tua kami. Amin ya rabbal alamin,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril dilihat mengucup dahi isterinya selain mendukung anak-anaknya yang gembira melihat dia kembali sihat.

Pada masa sama, pelakon filem Sabda Kekasih itu turut menitipkan pesan kepada peminatnya agar menghargai pasangan masing-masing.

“Hargailah pasangan selagi masih ada. Ciptalah memori indah bersamanya. Terima kasih Allah. Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi daripada Covid-19 yang semakin mengganas,” katanya lagi.

Perkongsian Wawa atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin mengundang reaksi sebak dalam kalangan pengikut Instagramnya yang nyata terharu dengan peringatan mesra pelakon itu.

Untuk rekod, Aeril mendedahkan dirinya sekali lagi dijangkiti wabak berkenaan selepas kali pertama positif pada Januari lalu.

Biarpun begitu, Wawa menerusi perkongsiannya pada 6 Ogos lalu memaklumkan dirinya dan tiga anak mereka negatif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI