fbpx

Tawaran Muhyiddin untuk redakan bahang politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yunus.

SHAH ALAM – Tawaran yang diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang dengan semua parti politik adalah untuk meredakan seketika bahang politik.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, ini supaya kerajaan masa kini dapat terus fokus dengan agenda utamanya iaitu menangani pandemik Covid-19.

“Saya rasa apa yang diputuskan oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Pusat telah difikirkan sedalamnya sebelum diumumkan.

“Namun tawaran yang diberikan mereka telah ditolak terus oleh pemimpin parti pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Pas Selangor, hari ini.

Semalam, Muhyiddin menawarkan beberapa cadangan termasuk pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri kanan.

Ahmad Yunus menegaskan berdasarkan penolakan daripada pihak pembangkang, kepimpinan PN pusat diminta untuk mencari jalan penyelesaian segera mengatasi kemelut yang berlaku.

Menurutnya, Pas Selangor akan sentiasa berusaha memperkukuhkan PN serta Muafakat Nasional (MN) Selangor yang telah tertubuh lebih setahun.

“Ini adalah arahan daripada Pas Pusat kepada kita untuk mempertahankan dua gabungan ini, demi Islam dan Melayu,” katanya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI