fbpx

Redzuan tinggalkan kediaman Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof melambai tangan ke arah petugas media sebaik keluar dar kediaman Perdana Menteri. FOTO :AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dilihat meninggalkan kediaman rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini hari ini.

Beliau yang keluar kira-kira pukul 7.10 petang itu sempat melambai tangan kepada petugas media namun enggan memberi sebarang komen berhubung mesyuarat pada hari ini.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Timbalan Menteri Wilayah Kementerian, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar meninggalkan kediaman Perdana Menteri kira-kira pukul 6.40 petang.

Kosmo! Online hari ini melaporkan tiada mesyuarat tergempar di kediaman rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini hari ini.

Perkara itu disahkan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau menyifatkan mesyuarat yang berlangsung selama sejam pada petang ini hanya berkaitan pengurusan parti. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI