fbpx

Ramai rakyat belum dapat ‘feel’ Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yunus (dua kiri) ketika simbolik perasmian kempen kibar jalur gemilang, hari ini.

SHAH ALAM – Pemasangan jalur gemilang yang masih berkurangan ketika ini berkemungkinan disebabkan oleh belum merasai kehangatan bulan kebangsaan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya yakin pemasangan akan lebih giat terutama dalam tempoh seminggu sebelum Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Katanya, generasi muda juga masih menebal semangat kecintaan mereka dengan mengekspresikan dalam platform sosial media mereka.

“Mungkin ‘feel’ nak pasang bendera itu belum sampai lagi tetapi saya yakin, ada di antara mereka akan kibarkan Jalur Gemilang seminggu sebelum 31 Ogos.

“Kita berharap semua rakyat tidak mengenal agama atau kaum untuk sama-mengibarkan jalur gemilang bagi
meluahkan semangat patriotik dan rasa bangga menjadi rakyat negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Pas Selangor.

Mengulas lanjut, Ahmad Hairi berkata, pengorbanan rakyat terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia wajar dikenang sampai bila-bila sebagai tanda sokongan kita terhadap mereka. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI