fbpx

Ramai keliru larangan guna bendera Malaysia secara kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makluman mengenai penggunaan bendera Malaysia dengan pelbagai gaya yang tidak dibenarkan.

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa keliru susulan makluman larangan penggunaan bendera Malaysia dengan pelbagai gaya seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam berkata, penggunaan bendera pelbagai gaya seperti dijadikan kain tudung, topi, songkok, sampin, pakaian dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Turut dimaklumkan, orang ramai juga tidak boleh menggunakan objek seperti botol, pasu, tiang, tin dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera Malaysia.

Makluman itu dipercayai dikeluarkan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.

Bagaimanapun, makluman tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya berasa keliru kerana penggunaan bendera Malaysia secara kreatif bukanlah sesuatu yang baru.

“Terlalu ketat pula peraturan. Mematahkan semangat rakyat sahaja, kita bukan tak hormat bendera cuma mahu tunjukkan semangat sahaja. Harap tak ada rakyat yang ditangkap kerana ‘tersalah guna’ bendera. Jika betul tidak boleh, keluarkan kenyataan dan terbitkan di berita atau akhbar. Bukan semua orang ada Facebook,” kata Farah.

“Peliknya, selalunya bulan kemerdekaan akan buat semua ini. Macam dulu-dulu ada kereta berhias semua tu?,” soal Wan Adli.

“Kenapa tiba-tiba? Bukan selama ini bila setiap kali menjelang kemerdekaan, orang ramai bergaya dengan pakaian simbol hari merdeka yang kreatif ke? Kalau dari dulu dilarang, tidak akan ada isu ini. Bila sekarang dilarang, ramai yang akan terlepas pandang,” kata Sou SH.

“Saya faham maksud Jabatan Penerangan, kita harus hormati bendera. Tetapi kalau menggayakan busana diperbuat daripada jalur gemilang dapat meningkatkan semangat patriotik dalam diri. Mungkin itu juga salah satu cara kita tunjuk kita bangga jadi rakyat Malaysia,” luah Fitri. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI