fbpx

Perak akan terima 1 juta dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) mendengar taklimat semasa meninjau kawasan PKPD Taman Meru 2B, di sini hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kadar vaksinasi Covid-19 di Perak dijangka meningkat selepas kerajaan negeri dijadualkan menerima 1,023,924 dos vaksin pada bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, bekalan vaksin tersebut akan diterima secara berperingkat-peringkat di mana sebanyak 150,720 dos telah diperolehi setakat ini.

Jelas beliau, sekiranya bekalan itu tiba seperti dijadualkan, ia akan menjadi jumlah vaksin tertinggi diterima negeri ini berbanding 824,320 dos pada bulan lalu.

“Jika jumlah itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, Perak mampu mencapai syarat ketiga nilai ambang iaitu kadar vaksinasi Covid-19 mencecah 40 peratus menjelang bulan September untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagaimana pun, faktor jumlah kes harian perlu diambil kira kerana untuk memasuki Fasa Tiga PPN, jumlah kes harian mesti di bawah angka 300 kes bagi tujuh hari berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Meru 2B, di sini hari.

Saarani berkata, program vaksinasi di Perak turut merekodkan pencapaian yang signifikan sepanjang minggu ini apabila jumlah suntikan harian menunjukkan peningkatan yang sangat baik.

Jelasnya, ini dapat dilihat apabila Perak merekodkan 31,923 suntikan harian pada 9 Ogos lalu di mana jumlah itu bertambah menjadi 36,585 suntikan pada 11 Ogos lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI